Perekodan

Sistem Pendaftaran

Post Top Ad

Pihak LGM ada sistem tersendiri untuk semakan subsidi, wang bantuan dan baja bagi pekebun getah di Malaysia. Namun permohonan subsidi baja perlu dibuat setiap tahun melalui borang bersama geran, salinan KP dan lain-lain. Persoalannya kenapa setiap tahun dan kenapa setiap kali memohon perlu isi semula borang dan salinan geran dan lain-lain. Adakah pihak LGM tidak menyimpan rekod??Saya bertanya pada salah seorang pegawai RISDA soalan tersebut. Jawapannya..... kebanyakan pekebun getah tua dan buta IT & yang kedua pula takut pemohon menipu hak milik tanah(kemungkinan tanah telah dipindah milik dan masih memohon subsidi). Komen saya adalah, memang ramai orang tua yang buta IT tapi masih ada orang muda yang boleh membantu, pembeli getah juga boleh membantu. Bagi mengelak pemohon subsidi(yang tanah telah dipindah milik) membuat permohonan palsu pula....kita kan ada jabatan tanah. Rujuk nombor geran dengan rekod terkini..itu kan urusan antara Government to Government. patutnya tidak ada masalah. Alasan seterusnya mungkin datang dari Pejabat Tanah yang mungkin akan cakap Database tidak boleh diberi atau dikeluarkan.Sila pecat pegawai IT tu!

Post Top Ad